Showing posts with label ~layan kepale sengal. Show all posts
Showing posts with label ~layan kepale sengal. Show all posts

Saturday, June 13, 2009

mancari jalan keluar

jun 2007 - ditawarkan bekerja sebagai RA dengan gaji yang rendah
- saya terima..syukur

september 2007 - diterima bekerja di sebuah syarikat swasta dengan gaji yang agak lumayan.
jauh beza dengan yang sebelumnya.
- saya terima..syukur

november 2007 - ditawarkan bekerja sebagai RO dengan gaji yang lebih tinggi dari di syarikat
swasta
- saya terima

julai 2008 - diberhentikan kerja kerana grant projek tidak mampu menampung gaji
pegawai

ogos 2008 - ditawarkan kerja sebagai ARO dengan gaji yang lebih rendah
- saya terima..syukur..
- it's better something than nothing.. itu dalam otak saya
- permohonan untuk menyambung master diterima (surat tawaran laku dalam
tempoh setahun)

disember 2008 - projek yang dijalankan telah dikormersialkan menjadi satu syarikat swasta
yang memasarkan product kajian
- alhamdulillah.. saya antara founder terawal
- gaji saya dinaikkan... syukur

jun 2009 - product company kurang mendapat sambutan.. masyarakat kita belum betul-
betul celik IT. masalah untuk kami
- syarikat mengalami masalah kewangan.. pekerja akan diberhentikan secara
berperingkat 80% pekerja akan kehilangan pekerjaan
- saya telah diberikan notis berhenti kerja
- saya akan mendaftar master

julai 2009 - saya diberhentikan

nyata..sehingga kini saya masih belum menemui jalan keluar. apakah yang akan saya lakukan pada bulan julai? saya sendiri tidak tahu... saya masih kaku dan layu memikirkan hal itu..STOP

Wednesday, May 27, 2009

potong "steam" sungguh....BILA

dari pagi tak ada kerja.
mengisi masa dengan pelbagai perkara.
tiba-tiba dah jumpa kerja.
buat dengan semangat bagai nak gila.
tiba-tiba komputer buat saya nak gila.
ntah apa masalahnya...
WORD tiba-tiba tertutup macam tu saja.
bila buka balik dia tak auto-save pula.
abis semua kerja.
memang sia-sia.
gila buang masa.
tensyennya saya.
rasa nak hentak kepala.
moral di sini...jangan tunggu siap baru nak save kerja.
komputer ni tak sebijak mana.
ada kala BODOH lebih dari segala benda.
ni buat saya rasa nak buang masa semula.
mana kawan yang selalu teman saya.
tiba-tiba dia diam saja.
cepat munculkan diri hiburkan saya.

Tuesday, May 26, 2009

dan sebenarnya..

dan sebenarnya saya sedang nanar, tak mampu memikirkan sesuatu untuk dimuatkan dalam entry ini. hujan dah turun pagi-pagi. mungkin Dia saja nak bagi basah bumi, nanti mudah kerja petani. masih saya dengar lagu yang sama hari-hari. melayan perasaan yang belum tentu letak duduknya lagi. melayan hati. melayan diri. memang suka kalau dapat merapu begini. free.. tiada apa perlu difikir dengan serius lagi. bila aku nak tersenyum lagi?? senyumlah wahai diri.. menarilah sepuas hati.. lepas emosi.. moga engkau akan ceria kembali...

***apekah yang telah saya type??

Tuesday, May 19, 2009

if i were your sun...

lately, saya suka surf tentang sesuatu yang tak ramai tahu. contoh; band indie, blog creative milik insan creative yang hanya berkarya di dunia tersendiri dan pelbagai lagi. mungkin bukan tak ramai tahu. tapi saya yang TERlambat tahu.. hari ni saya terjumpa sesuatu.

blog sue anna joe ni dah lama gak saya follow. follow secara senyap. nama budu&belacan tu sesungguhnya yang menarik minat saya untuk singgah di situ. dan hari ni saya baru terperasan yang cik anna..ops.. puan anna (dia dah kahwin) ni da wat lagu. tapi lagu yang satu ni menarik minat saya. sesungguhnya lagu ini sesuai untuk sesiapa yang bergelar "peminat rahsia" (secret admirer). tajuk die if I were your sun..yang kat bawah ni lirik dia


"if I were your sun, I'll watch you from afar behind those dark clouds to make sure where you are if I were your sun I'll love you from afar behind those doubt you have to make sure you've been loved if I were your sun I'll be a piece of your reflection you don't evolve around me my life evolves to be close to yours if I were your sun I'll be there when you look up I'll light your path when you look down I'll keep close even when you don't care if I were your sun I'll always shine after a heavy rain I'll always shine after a dark lonely night I'll always shine as long as you breathe if I were your sun I'll dry your tears I'll keep you warm when you're cold You won't notice me if I were your sun You won't know that you need me if I were your sun but ... I'll be there like anyone who needs a sun"

memohon maaf dari kotak hati kecil yang kosong semacam "tin kosong" ni sebab tak dapat nak letak lagu tu kat sini. dah penat cuba add on kat page ni tapi lagu tu jadi 30seconds je. sungguh tak menarik nak menjengkelkan. jadi jika dan hanya jika anda mahu dengar lagu ni..tolong pergi ke link yang saya letak di bawah

Thursday, May 14, 2009

jom naik ke bulan

bila mata mengantuk. mula nak merapu. dalam otak cuma ada satu. JOM NAIK KE BULAN. apakah itu? saya pun tak tahu. tapi tu la yang datang dulu. ini adalah hasil karya otak orang yang suka berangan. dah nyata dok kat opis, dok depan lappy, dok atas kerusi..otak boleh sampai ke bulan. ades..apekah? haha

ok lets share something.


currently i'm reading a motivational book. yang kat atas tu. self-help book. i bought it while i'm in KL. attending an interview with PETROSAINS. huhu.. dah lama tapi masih belum habis baca. read like a caterpillar. slow.. slow motion. hehe.. just like my mum said "you are slow in your motion. always late". + my mum can't stand that attitude but she just have to..because.... i'm her lovely daughter. ekekeke..so perasan. sorry la mak..saya memang camni. mak kan dah kenal saya sepanjang 8853 hari. nothings change kecuali saiz badan saya. my mum said i'm fat. am i? haha.. mak selalu ikhlas dan lebih tahu kan..so maybe betul la tu.

because she say so..then now..i'm on diet. hahaha..never did it before. this is my first time. a fren said that "bersungguh-sungguh dia ni diet". siket-siket la. kurangkan makan. tapi kadang-kadang de gak terover makan. macam semalam. makan nasi kerabu sebungkus, sampai sengkak perut. effect sampai arini. sakit perut. rase cam nak muntah. incomplete digestion of food caused of excessive intake of food. amik kat muka saya. kan dah sakit perut. dari pagi tak abis lagi. haish..


alamak..macam buat karangan sudah. so i need to STOP.

Tuesday, May 12, 2009

SELIPAR JAMBAN vs HIGH HEELS

i-PANEMA bought on DEC 2008

dari dulu saya suka pakai selipar

yang kat atas ni selipar fevret saya sekarang
kakak saya kata ini SELIPAR JAMBAN
tapi..SELIPAR JAMBAN ni la yang dah banyak berjasa
selipar jamban yang sungguh HEBAT
dari penang-kl-johor dan merata tempat lagi dia dah pi
yang paling best..
pi opis pun saya pakai SELIPAR JAMBAN ni
betapa tinggi martabat SELIPAR JAMBAN saya
tp kat opis still de spare satu HIGH HEELS la (for emergency..)
bukan apa..HIGH HEELS ni selalu menyakitkan kaki
bising pulak tu..mengganggu ketenteraman..huhu

actually...saya menunggu kalau2 ada sale selipar i-PANEMA kat mana2
saya nak beli SELIPAR JAMBAN baru
atau de sesiapa nak belikan saya SELIPAR JAMBAN baru??
saya size 6...
sila la bli satu untuk saya..

moral:
don't judge a slipper by its appearance. walaupun nampak murah (x murah sangat), nampak cam selekeh (ok je), nampak cam takde standard (hey..ok pe dr kaki ayam), tapi.... tu la yang terbaik. tidak menyakitkan kaki, tidak licin dan menyebabkan si pemakai tergolek, sangat ringan dan selesa.

sebenarnye bukan nak cakap pasal selipar sangat. tapi cam ni..jangan pandang yang nampak sempoi itu tiada apa2, yang diam itu tiada harga, yang buruk itu hina. yang nyata, ia hanya mahu bersederhana kerana ia tau mana nak letak diri. bukan bising dan menyakiti. walaupun panggilan cam hina (SELIPAR JAMBAN) tapi dia tetap memberi keselesaan. bukan panggilan cam ternama (HIGH HEELS) tapi sangat menyakitkan dan memenatkan... bunyi pun membingitkan. tuk tak tuk tak...wahaha..BINGIT!

rendang tok + pengapit + karam sing

bersembang mengenai sesuatu yang menjengkelkan dan mendatangkan emosi..
sungguh beremosi dan sungguh bersungguh-sungguh
timbul isu pengapit....
LOL..
hujung tahun ini saya akan menjadi seorang pengapit kepada seorang teman..
tempahan dibuat seawal setahun yang lalu
tetapi..
ramai yang kata, kalau dah jadi pengapit..maknanya tak lama lepas tu akan tiba giliran sang pengapit itu mencari pengapit..
alamak..
saya terasa..
kate seorang kawan "sapa makan cili terasa pedasnya" ... huh..tu la bagi lagi ayat tu pada sesuatu yang telah menghangatkan emosi banyak pihak.. rendang tok 10k??? haha.. kayo den kalu bikin bisnes ini.. haha


oo..
berkenaan "sapa makan cili terasa pedasnya" .. saya telah membalas "salah la..saya makan banyak dan terasa kenyang.." LOL...tetiba saya terkeluar ayat itu dari mulut becok ini yang telah mendatangkan gelak seisi rumah..

notes: adakah saya boleh menggantikan karam sing walia (betul ke saya eja name die?)??? kamu tolon jawab

Friday, May 8, 2009

bila jari berkata, maka aku mendengar dengan mata

Tatkala berkata-kata dengan jari-jemari
Mata mendengar dengan teliti
Lebih mengerti
Bahasanya lebih indah dari bunyi
Walaupun bahasa jari-jemari tidak berbunyi
Aku mengerti
Dapat ku telah
Yang mana marah
Yang mana indah
Dalam sunyi
Kau bersuara
Dalam sunyi
Ku mendengar
Begitu sebaliknya
Lihat kuasa Tuhan
Menciptakan manusia yang menciptakan keindahan
Walaupun dari kejauhan
Nyata..
Berkata-kata bukan semestinya dengan lidah
Mendengar bukan semestinya dengan telinga
Yang pasti
Aku bahagia
Berkata-kata dengan jari-jemari
Mendengar dengan anak mata
Dinilai dengan mata hati

we...

we always talk with our fingers,
and listen with our eyes...

sometimes...
we talk with our mouth,
and listen with our ears...

~~~

mengapa bersembunyi di sebalik kotak
aku tak nampak
nak keluar atau tidak
jangan nanti kau mati katak
melihat yang dihendap dah tak nampak

mengapa bersembunyi
sedangkan kau sedang sunyi
keluarlah dan menyanyi
aku mahu dengar kau berbunyi


#saya blurr dengan diri sendiri...kerana saya takut

Thursday, May 7, 2009

tersurat dan tersirat

Sesuatu yang nyata adalah yang tersurat
Sesuatu yang samar adalah yang tersirat
Yang nyata tak perlu di tanya
Yang samar itu, tolong jelaskan..saya masih tidak faham

buhsan

esok hari khamis
maknanya hari bekerja
sungguh buhsan
saye mahu cuti

Thursday, April 23, 2009

~malay post...

hari ini..saya nak menghantar "post" dalam Bahasa Melayu.m
maklum la, English saya "not bad" "bad"nye. jadi...hari ini tak nak pening kepala fikir susunan ayatnye.

tajuk saya: hormat dan menghormati

sebenarnya, saya dapat idea ni semalam. tapi, saya tunggu pagi ni untuk tulis kat sini. isi masa lapang selepas bersahur. hehe..

baiklah. pasal hormat ni kan. semua org di dunia ni mesti mahu dihormati. walaupun orang tu hanya seorang pengemis, penjenayah, kanak-kanak ataupun sesiapa sahaja. selalunya, kita bukan meminta untuk dihormati sangat. tetapi, cukup sekadar untuk rase dihargai. kita ada maruah. itu yang sebenarnya. rasanya, kalau manusia xde maruah, baru mereka tak perlukan langsung penghormatan ataupun penghargaan.

mungkin ada di kalangan kita yang akan berkata, "saya tidak meminta untuk dihormati, tetapi cukupla saya dihargai". silap tu. penghargaan merupakan satu cara penghormatan. bile kite hormatkan seseorang, secara automatiknya kita akan menghargainya. fikirkanlah semula..

ok..berkenaan menghormati. yang ini payah sikit. maklumlah, yang ini kita yang kena jaga. selalunya, orang yang beradap akan menghormati orang lain. orang yang belum merasai dirinya cukup bagus pasti akan menghormati orang lain. sedar yang diri mempunyai kelemahan, maka dengan sendirinya perasaan hormat pada orang lain akan wujud.

apabila disebut menghormati, orang selalu mempertikaikan, "kalau dia tak hormat akan saya, kurang ajar, kenapa saya perlu hormat kepadanya?" salah tu. pada saya, kalau kita berhadapan dengan seorang yang kurang ajar, tak perlu kita menjadi kurang ajar juga sepertinya. kan orang dulu ada berkata, "yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan". "jangan anda menjadi gila kerana melayan orang gila..."begitulah konsepnya. (tapi kadang-kala saya hilang pertimbangan juga. maklum la..saya pun manusia biasa. minta maaf ya..)

walau dalam keadaan manapun, cubalah mengawal diri sendiri. orang yang benar-benar kuat dan berjaya adalah orang yang mampu mengawal hati dan perasaannya. cubalah berifat rasional. api jangan disimbah dengan minyak. nak selamat, api kenalah disimbah dengan air. menanglah dengan bermaruah. hiduplah seperti orang bermaruah. walau sekecil manapun sesuatu perkara di mata kita, ingatlah bahawa hati manusia tidak semuanya sama.

"post" ini saya tulis untuk mengingatkan diri sendiri dan untuk dikongsi dengan anda. tak semua pendapat saya benar, dan tak semua pendapat saya salah. ini hanyalah pendapat peribadi saya.

"tha bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life"


sekian wasalam.


Wednesday, April 22, 2009

~waiting~


all along the road
i'm waiting
looking around
there's nothing

looking again
still...
nothing...
trying to fulfill the time
so slow...
stuck...

like a child waiting for a fairy
i'm dying
laying on the floor
no one come to save me
still...

wake up from a dream
realise...
need to move
not just waiting at the same spot
i walk
slow...

so weak...
slowly i found the strength
so hazy
slowly i found the light