Saturday, May 16, 2009

lebih dari sekadar wanita..

sebelum apa-apa. saya mahu anda baca artikel dari link ini "lebih dari sekadar wanita"

selanjutnya..

saya merasai yang saya menghadapi situasi yang sama dalam artikel tu. bezanya...saya tak cukup tinggi dan tidak cukup kurus. tetapi saya juga tidak terlalu gemuk. yang boleh dikatakan saya adalah seorang gadis yang sedang-sedang saja. tapi saya amat bersetuju dengan artikel itu. mungkin ada teman rapat yang mengatakan saya keperempuanan. tetapi dia adalah teman yang jauh di mata tapi dekat di telinga. maka dia lebih menilai saya dari aspek yang berlainan dari orang-orang di sekeliling saya.

saya mungkin berperilaku agak kasar. tetapi percakapan saya bukanlah kata-kata kasar dan kesat. saya kurang terdedah dengan itu. "bodoh" dan "bongok" mungkin sudah cukup kasar bagi saya. itupun saya belajar bila saya dah bersekolah. di rumah..semua perkataan tu diharamkan. teringat satu kisah.. saya pernah ditampar emak kerana menyebut "bodoh" pada adik saya. oh.. itu mungkin perkara yang membuatkan saya berhati-hati dalam berkata-kata.

tetapi seperti gadis-gadis lain. saya rasa kini saya semakin menjadi lebih dari sekadar wanita. saya semakin tahu apa itu erti bersolek dan kasut tumit tinggi. dalam usia 24 tahun ni, kini saya mempunyai beberapa helai kebaya. bukan hendak berfesyen. tetapi naluri untuk merasa menjadi lebih dari wanita itu wujud dengan sendiri. tetapi..masih..saya belum cukup berani. tapi saya akan cuba. itu janji saya pada diri sendiri. haha.. seperti poyo.. tetapi saya bangga untuk berkongsi ini..

p/s: pokok pangkal dari entri ini..sentiasa percaya pada diri