Friday, May 1, 2009

seorang sahabat..

dia..masih sahabat saya. dia masih lagi saya ingat. dia masih lagi dalam hati saya. walaupun sudah membuat saya hampir gila. dia masih sahabat saya. beberapa hari yang lepas dia membuatkan saya meradang. terhambur isi hati saya pada dia. dia cakap itu gurauan. tapi pada saya, itu satu tekanan. cubaan menjatuhkan semangat saya untuk terus berada di tempat saya berdiri dan meneruskan perjalanan yang telah saya aturkan. apa hak dia untuk mempertikaikan semua rancangan saya. dia memang begitu. setiap kali dia muncul, itu satu kewajipannya.

malang untuknya, hari itu bukan hari yang baik untuk dia. hari itu, saya telah melepaskan apa yang terbuku di hati. dengan tegas saya meluahkan. emosi.. dia cuba bertenang. macam tak salah apa2. tetapi, saya yang keras hati dan degil, tegas jadi batu. diam..

sejak tu, tiada lagi sapaan dari dia. sesungguhnya, ketahuilah..saya sudah maafkan dia. saya bukan pendendam. saya masih seperti dulu. kemarahan saya cepat hilang. tetapi, satu persolan untuk dia, kenapa susah sangat nak minta maaf. sejak dulu, itulah dia...ego. perkara paling mudah untuk menyejukkan hati saya adalah ayat "saya minta maaf". sila ambil perhatian tentang ini. mudahkan. cuma dia yang tak tahu. tak tahu atau ego? saya tiada jawapan.. dia ada