Thursday, April 23, 2009

~malay post...

hari ini..saya nak menghantar "post" dalam Bahasa Melayu.m
maklum la, English saya "not bad" "bad"nye. jadi...hari ini tak nak pening kepala fikir susunan ayatnye.

tajuk saya: hormat dan menghormati

sebenarnya, saya dapat idea ni semalam. tapi, saya tunggu pagi ni untuk tulis kat sini. isi masa lapang selepas bersahur. hehe..

baiklah. pasal hormat ni kan. semua org di dunia ni mesti mahu dihormati. walaupun orang tu hanya seorang pengemis, penjenayah, kanak-kanak ataupun sesiapa sahaja. selalunya, kita bukan meminta untuk dihormati sangat. tetapi, cukup sekadar untuk rase dihargai. kita ada maruah. itu yang sebenarnya. rasanya, kalau manusia xde maruah, baru mereka tak perlukan langsung penghormatan ataupun penghargaan.

mungkin ada di kalangan kita yang akan berkata, "saya tidak meminta untuk dihormati, tetapi cukupla saya dihargai". silap tu. penghargaan merupakan satu cara penghormatan. bile kite hormatkan seseorang, secara automatiknya kita akan menghargainya. fikirkanlah semula..

ok..berkenaan menghormati. yang ini payah sikit. maklumlah, yang ini kita yang kena jaga. selalunya, orang yang beradap akan menghormati orang lain. orang yang belum merasai dirinya cukup bagus pasti akan menghormati orang lain. sedar yang diri mempunyai kelemahan, maka dengan sendirinya perasaan hormat pada orang lain akan wujud.

apabila disebut menghormati, orang selalu mempertikaikan, "kalau dia tak hormat akan saya, kurang ajar, kenapa saya perlu hormat kepadanya?" salah tu. pada saya, kalau kita berhadapan dengan seorang yang kurang ajar, tak perlu kita menjadi kurang ajar juga sepertinya. kan orang dulu ada berkata, "yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan". "jangan anda menjadi gila kerana melayan orang gila..."begitulah konsepnya. (tapi kadang-kala saya hilang pertimbangan juga. maklum la..saya pun manusia biasa. minta maaf ya..)

walau dalam keadaan manapun, cubalah mengawal diri sendiri. orang yang benar-benar kuat dan berjaya adalah orang yang mampu mengawal hati dan perasaannya. cubalah berifat rasional. api jangan disimbah dengan minyak. nak selamat, api kenalah disimbah dengan air. menanglah dengan bermaruah. hiduplah seperti orang bermaruah. walau sekecil manapun sesuatu perkara di mata kita, ingatlah bahawa hati manusia tidak semuanya sama.

"post" ini saya tulis untuk mengingatkan diri sendiri dan untuk dikongsi dengan anda. tak semua pendapat saya benar, dan tak semua pendapat saya salah. ini hanyalah pendapat peribadi saya.

"tha bond that links your true family is not one of blood, but of respect and joy in each other's life"


sekian wasalam.