Tuesday, August 3, 2010

masih di sini

bersabar wahai hati
tenang wahai diri
belum masanya Tuhan mahu kamu mati
kamu masih di sini
masih lagi
sehingga hari ini..

Wednesday, July 14, 2010

irama dan lagu tidak lagi bersatu...

dulu kami umpama irama dan lagu
menari mengikut rentak lagu
dibuai segala rasa yang dipanggil cinta
lalu dia diambil dari saya

bila lagu tiada iramanya
jiwa manjadi kosong tak bernyawa
jiwa ini semakin hilang nyawanya

lagu sepi seorang aku adalah sunyi kerana kamu

Tuesday, July 13, 2010

semua kerana kamu..

katakan kau bohong setiap kali kau katakan kau rindu
katakan kau dusta setiap kali kau ucapkan cinta
katakan segalanya lakonan semata kerana...
kerana aku... tidak lagi bisa menanggung sebuah cinta sempurna darimu

semakin kau cinta, semakin aku hilang nyawanya
semakin kau sayang, semakin jauh nyawaku melayang

aku letih,
tapi aku mahu begini.
aku penat,
namun aku selesa begini.

walau hanya mendapat kalimah cinta dari kamu,
hatiku riang berlagu.

yang,
aku rindu kamu dari segenap jiwa dan ragaku.

hatiku kini sesejuk salju,
berlagu rindu,
bertasbih sendu.

semua kerana kamu.

Sunday, July 11, 2010

andai kau tahu...

andai kau tahu apa erti rindu,
maka akan kau tahu apa isi hatiku.

andai kau tahu apa itu cinta,
maka akan kau tahu apa yang kurasa.

andai kau tahu apa itu kehilangan,
maka akan kau tahu apa itu kesepian.

andai kau tahu apa itu melepaskan,
maka akan kau tahu apa itu kesengsaraan.

andai kau tahu apa itu kasih dan sayang,
maka akan kau tahu apa itu kesetiaan.

::apa yang ingin cuba aku sampaikan.. jika kau tahu apa rasanya melepaskan yang tersayang tanpa kerelaan, maka kau akan tahu apa makna perpisahan. kerana aku.. aku masih tidak mampu melepaskan dia yang tersayang. dalam hati masih menaruh harapan. ::

Sunday, July 4, 2010

CUTS LIKE A KNIFE

You touched my life
with a softness in the night
my wish was your command
until you ran
out of love

I tell my self I'm free
got the chance of
living just for me
no need to hurry home
now that you're gone

Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded

Knife
cuts like a knife
you cut away the
heart of my life
When I pretend wear a smile
to fool my dearest friends
I wonder if they know
it's just a show
I'm on a stage day and night
I go through my charades
but how can I disguise
what's in my eyes

I've try and try locking up
the pain I feel inside
the pain of wanting you
wanting you

Wednesday, June 30, 2010

aku sakit..

aku sakit...
sungguh...
aku sakit...
sadarkan aku Tuhan dia bukan milikku...
biarkan waktu hapus aku...

Monday, June 28, 2010

kerana aku punya Tuhan

selepas hari itu, aku:
  • masih lagi mengenang dan terkenang kenangan.
  • masih lagi terusik jiwa.
  • masih lagi tertunggu-tunggu si dia.
  • masih lagi berharap adanya satu kuasa mengubah segala.
yang pasti. selepas hari itu, aku:
  • masih lagi bernafas.
  • masih lagi mampu meneruskan kehidupan.
...semua ini kerana aku punya Tuhan...

Sunday, June 27, 2010

senyum... kerana senyumanmu sangat indah...

beginikah rasanya bila akal mematahkan keinginan hati...
beginikah rasanya saat takdir tidak seindah yang diimpi...
beginikah rasanya tatkala keputusan bukan seperti kemahuan yang diingini...

aku tersentap...
aku mengharap...
aku meratap...
kini hatiku ranap...

sungguh hatiku berkecai menjadi puing-puing...
lalu dalam gelap aku meraba untuk menyatukannya semula...
sakit...
tapi dengan ketabahan akan aku lakukan...
senyum wahai wajah walau hati sedang berdarah...
senyum... kerana senyumanmu sangat indah...

Friday, June 25, 2010

sekarang...

jika aku katakan aku bahagia sekarang
pastinya itu semua dusta

jika aku katakan aku tenang sekarang
pastinya ianya tipu semata

namun aku akan teruskan perjalanan
kerana aku sendiri tidak pasti apa yang menunggu di hadapan

senyum...
berat...

Tuesday, June 22, 2010

jangan dicabar aku...

mohon aku teman agar dibantu aku bukan ditambah sakit aku...
aku tidak mahu membuang kamu...
maka jangan dicabar aku...

mohon aku teman agar ditenangkan aku bukan ditambah gusar aku...
aku tidak mahu membelakang kamu...
maka jangan dicabar aku...

Monday, June 21, 2010

naif

saya sangat naif kerana tidak bisa melepaskan kamu

Sunday, June 20, 2010

satu hari di hujung minggu

ku menangis kerana kamu...
sehingga airmata ini seakan jemu menemaniku...
hati ini bersedih kerana kamu...
namun ia tidak pernah jemu untuk terus merinduimu...

tetap...
sayang...

Thursday, March 18, 2010

bagai hari yang panas akhirnya bumi ditimpa hujan
begitu ibaratnya hati ini
bagai pungguk yang merindukan bulan
begitu ibaratnya diri ini
bagai jiwa kehilangan nyawanya
begitulah ibarat cinta ini

menahan rasa
aku hanya bisa tunduk dengan jiwa hiba
menahan tangis
aku hanya bisa diam tanpa kata-kata

tidak tahu ke mana mahu diadu
tidak tahu ke mana mahu dituju
begitulah derita seorang aku

aku menahan
aku bertahan
akhirnya aku kelayuan

Tuesday, March 2, 2010

cinta

cinta itu indah
walau terkadang membuat aku menangis
namun ia tetap indah
seperti rasa di lidah
tidak enak jika hanya ada satu rasa
rasa yang enak adalah gabungan empat rasa
masam, manis, masin, dan pahit
cukup semua enaklah rasanya
begitu juga cinta

cinta...
cukup indahkah jika tidak diselangi airmata?
cukup indahkah jika tidak diselang ranjau duka?

cinta...
cukup besar pengertiannya
dengan cinta terlahir aku melihat dunia
dengan cinta aku menjadi semakin tabah mengharungi apa sahaja
dengan cinta hidupku semakin bermakna
itulah satu rasa bernama cinta

Thursday, February 25, 2010

kembali di sini

sudah lama ditinggal daerah ini
tanpa sebarang penyelengaraan
rindu rasa hati ingin menarikan jari-jemari di sini
maaf semua
mungkin ada yang telah lari dan berpindah ke daerah lain
maaf sekali lagi

kini saya mahu kembali
saya mahu bertapak kembali di sini
mari kembali menemani
saya dahului dengan ribuan terima kasih kepada yang sudi

Friday, January 1, 2010

Not being able to talk to you is killing me, deeply. I am dead already. I want to talk to you, to listen to you story, your predicaments, your jokes, your day-to-day experience. I want to laugh silly over nothing with you, exchange opinion, giving opinion, receiving ones. I want to share the secrets, yours, mine, ours. I want to listen to the smile in your voice. I want you to listen to mine.