Thursday, May 21, 2009

di mana letaknya saya?

hendak diletak di golongan mana saya ini? saya dilihat sesetengah orang sebagai insan yang agak baik. tapi hakikatnya saya tidak layak untuk itu. ini gara-gara saya sering berperilaku menjaga hati. menjadi anak yang baik dihadapan keluarga. dan menjadi insan baik di mata sesetangah pihak. alasan saya tidak mahu ada yang kecewa. sungguh tidak masuk akal. jika dinilai, saya mungkin tidak layak untuk bergelar hambaNya.

saya selalu mencari kebenaran. mencari sinar dicelah syurga dunia yang nyata selalu membelai-belai hati-hati insan seperti saya. ya.. saya tidak cukup kuat dan selalu kalah. saya kurang belajar. walaupun saya menemui sinar itu, hati saya masih keras seperti batu. sungguh hina diri saya, tidak mampu menolak pujukan dunia.

mungkin ada yang berkata saya lebih baik dari sesetangah yang lain. tetapi ini tidak adil. untuk maju bandingkan dirimu dengan insan yang lebih baik. untuk bersyukur bandingkan dirimu dengan yang kekurangan. itu pegangan saya. maka untuk menjadi lebih baik bandingkan dirimu dengan dengan yang lebih baik. tapi.. apabila saya memandang yang lebih baik, saya sering rasa terhina. di mana letaknya seorang hamba seperti saya di sisiNya. di mana?