Sunday, May 10, 2009

2nd Sunday in May..special day

bangun pagi..cuba call mak. tapi tak bernagkat. cuba lagi. tak berangkat. mungkin mak keluar dengan abah dan tak bawa handphone. tak apa lah..

hampir pukul 12 call sekali lagi. abah angkat. yep..telahan saya betul. abah dengan mak keluar dan tak bawa handphone. abah pass telefon pada mak.

happy suara di hujung talian..

"selamat hari ibu" ucapan dari seorang anak yang jauh di utara. mak sangat gembira. kali ni, belom ada hadiah untuk mak. tapi mak asyik cakap pasal saya, balik, dan makan di rumah. mak masak. mungkin mak rindukan saya. hampir dua bulan saya tak balik. sebelum ni, tiap2 bulan muka saya sampai di rumah. maaf mak. saya kena berjimat. tapi saya selalu call mak kan..saya sayang mak. saya pun rindu mak.

bercakap pasal mak, bercerita tentang mak..membuat saya sayu, rindu. terasa ada yang mahu keluar dari alur mata. tahan wahai diri. saya tarik nafas dalam-dalam..saya tahan.

saya rindu pada pelukan dan suara itu. saya rindu pada peha tempat saya menumpang manja. saya rindu pada tangan yang membelai. saya rindu pada bibir yang mengucup. saya rindu pada dia. dia adalah segala-galanya bagi saya. tiada dia, tiada saya.
"HAPPY MOTHER'S DAY..SAYA SAYANG EMAK!!"