Wednesday, May 20, 2009

sebal..

entry ini bertujuan untuk melepas isi koatk hati saya yang terasa sebal dengan sikap sesetangah pihak yang saya rasa mementingkan diri. berkawan tapi tidak bersahabat. rapat tapi tidak akrab.

ini berkenaan insan yang bersifat seperti seorang pemain bola lisut. saya benci itu. saya bukan bola itu. saya mahu dilayan seperti sebiji bola rugbi. mengapa kamu mencari saya bersungguh-sungguh pada awalnya tetapi kemudiannya kamu hanya memukul saya ke jauh entah ke mana. kamu mengharap orang lain mengejar dan mendapatkan saya. sedangkan kamu sibuk berlari mencari mata. kamu KEJAM!

saya tidak faham. mengapa tidak kamu menjadi seperti seorang pemain rugbi yang tidak mahu melepaskan bolanya. mendapatkan bola dan berlari dengan ia didakap erat untuk memastikan kejayaan milik bersama. susah sangat ke?

ye..kamu kata saya tidak perlu mencari kamu. kamu akan mencari saya apabila kamu rasa kamu perlu. adil ke begitu? saya bukan mahukan kamu seperti yang lain. saya hanya mahukan kamu sebagai sahabat yang menyenangkan. kamu tahu... walaupun ada insan lain yang dahulunya hampir sama seperti kamu... saya merasa dia jauh lebih baik dari kamu. walaupun situasi hampir sama, tetapi ia tetap berbeza. dia jarang sekali menolak saya ke tepi. dia masih mahu saya mencarinya seperti mana dia masih mahu mencari saya.

saya mahu kamu tahu..tetapi sayang kamu tidak pernah tahu kewujudan saya di wilayah ini. jadi saya pasti kamu akan kekal sebegitu.

p/s: entry ini untuk insan yang tidak mengathui kewujudan wilayah "honey lemon". jadi kepada para pembaca "honey lemon"... "pemain bola lisut" itu pasti bukan kamu. betul... ini bukan untuk kamu..