Friday, May 8, 2009

BENCI mata RABUN

saya mengalami masalah penglihatan. saya tak suka ini. RABUN. saya mula pakai cermin mata masa tahun satu di universiti. kena paksa dengan Dr. sebab rabun kanan dan kiri tak seimbang. beza hampir 125 antara mata kanan dan kiri. takut jadi "lazy eye", saya terpaksa mula pakai cermin mata.
sepanjang belajar di USM, saya sudah pakai empat bentuk cermin mata.
  1. tukar sebab sudah calar balar sampai kalau menghadap cahaya, keluar bayang-bayang kesan calar tu di muka saya
  2. tukar sebab pecah. letak atas tilam. kawan baik saya "landing" kaki atas cermin mata saya.
  3. saya tak suka. tak kena dengan muka saya. lebar sangat. masa beli tak berfikir dulu. sengal.
  4. saya tertinggal dalam bas semasa balik dari "field trip" taman negara pahang. ades..saya sangat cuai.

lepas tu, saya tak buat cermin mata baru dah. saya dah mula rasa tak suka pakai cermin mata. saya rimas. tapi, sebab nak ambil lesen motor, saya buat cermin mata selepas hampir setahun saya tidak memakai cermin mata. takut tak nampak. maka, saya buatlah cermin mata yang kelima dalam hidup saya. tetapi, yang ini dipakai ketika perlu sahaja.

hasil:

sekarang, saya dapat mengesan yang rabun saya sudah semakin teruk. untuk menonton televisyen dari jarak 2 meter pu saya memerlukan cermin mata. saya tidak mampu melihat muka orang dengan jelas pada jarak x sampai 5 meter. adus..ini satu bala untuk diri saya. tapi semua adalah salah saya.

#sila ambil ikhtibar. jaga mata kamu..

No comments:

Post a Comment