Tuesday, June 22, 2010

jangan dicabar aku...

mohon aku teman agar dibantu aku bukan ditambah sakit aku...
aku tidak mahu membuang kamu...
maka jangan dicabar aku...

mohon aku teman agar ditenangkan aku bukan ditambah gusar aku...
aku tidak mahu membelakang kamu...
maka jangan dicabar aku...

Monday, June 21, 2010

naif

saya sangat naif kerana tidak bisa melepaskan kamu

Sunday, June 20, 2010

satu hari di hujung minggu

ku menangis kerana kamu...
sehingga airmata ini seakan jemu menemaniku...
hati ini bersedih kerana kamu...
namun ia tidak pernah jemu untuk terus merinduimu...

tetap...
sayang...

Thursday, March 18, 2010

bagai hari yang panas akhirnya bumi ditimpa hujan
begitu ibaratnya hati ini
bagai pungguk yang merindukan bulan
begitu ibaratnya diri ini
bagai jiwa kehilangan nyawanya
begitulah ibarat cinta ini

menahan rasa
aku hanya bisa tunduk dengan jiwa hiba
menahan tangis
aku hanya bisa diam tanpa kata-kata

tidak tahu ke mana mahu diadu
tidak tahu ke mana mahu dituju
begitulah derita seorang aku

aku menahan
aku bertahan
akhirnya aku kelayuan