Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Wednesday, July 14, 2010

irama dan lagu tidak lagi bersatu...

dulu kami umpama irama dan lagu
menari mengikut rentak lagu
dibuai segala rasa yang dipanggil cinta
lalu dia diambil dari saya

bila lagu tiada iramanya
jiwa manjadi kosong tak bernyawa
jiwa ini semakin hilang nyawanya

lagu sepi seorang aku adalah sunyi kerana kamu

Tuesday, July 13, 2010

semua kerana kamu..

katakan kau bohong setiap kali kau katakan kau rindu
katakan kau dusta setiap kali kau ucapkan cinta
katakan segalanya lakonan semata kerana...
kerana aku... tidak lagi bisa menanggung sebuah cinta sempurna darimu

semakin kau cinta, semakin aku hilang nyawanya
semakin kau sayang, semakin jauh nyawaku melayang

aku letih,
tapi aku mahu begini.
aku penat,
namun aku selesa begini.

walau hanya mendapat kalimah cinta dari kamu,
hatiku riang berlagu.

yang,
aku rindu kamu dari segenap jiwa dan ragaku.

hatiku kini sesejuk salju,
berlagu rindu,
bertasbih sendu.

semua kerana kamu.

Sunday, July 4, 2010

CUTS LIKE A KNIFE

You touched my life
with a softness in the night
my wish was your command
until you ran
out of love

I tell my self I'm free
got the chance of
living just for me
no need to hurry home
now that you're gone

Knife
cuts like a knife
how will I ever heal
I'm so deeply wounded

Knife
cuts like a knife
you cut away the
heart of my life
When I pretend wear a smile
to fool my dearest friends
I wonder if they know
it's just a show
I'm on a stage day and night
I go through my charades
but how can I disguise
what's in my eyes

I've try and try locking up
the pain I feel inside
the pain of wanting you
wanting you

Wednesday, June 30, 2010

aku sakit..

aku sakit...
sungguh...
aku sakit...
sadarkan aku Tuhan dia bukan milikku...
biarkan waktu hapus aku...

Monday, June 28, 2010

kerana aku punya Tuhan

selepas hari itu, aku:
  • masih lagi mengenang dan terkenang kenangan.
  • masih lagi terusik jiwa.
  • masih lagi tertunggu-tunggu si dia.
  • masih lagi berharap adanya satu kuasa mengubah segala.
yang pasti. selepas hari itu, aku:
  • masih lagi bernafas.
  • masih lagi mampu meneruskan kehidupan.
...semua ini kerana aku punya Tuhan...

Tuesday, June 22, 2010

jangan dicabar aku...

mohon aku teman agar dibantu aku bukan ditambah sakit aku...
aku tidak mahu membuang kamu...
maka jangan dicabar aku...

mohon aku teman agar ditenangkan aku bukan ditambah gusar aku...
aku tidak mahu membelakang kamu...
maka jangan dicabar aku...

Monday, June 21, 2010

naif

saya sangat naif kerana tidak bisa melepaskan kamu

Tuesday, March 2, 2010

cinta

cinta itu indah
walau terkadang membuat aku menangis
namun ia tetap indah
seperti rasa di lidah
tidak enak jika hanya ada satu rasa
rasa yang enak adalah gabungan empat rasa
masam, manis, masin, dan pahit
cukup semua enaklah rasanya
begitu juga cinta

cinta...
cukup indahkah jika tidak diselangi airmata?
cukup indahkah jika tidak diselang ranjau duka?

cinta...
cukup besar pengertiannya
dengan cinta terlahir aku melihat dunia
dengan cinta aku menjadi semakin tabah mengharungi apa sahaja
dengan cinta hidupku semakin bermakna
itulah satu rasa bernama cinta