Wednesday, May 20, 2009

sebal..

entry ini bertujuan untuk melepas isi koatk hati saya yang terasa sebal dengan sikap sesetangah pihak yang saya rasa mementingkan diri. berkawan tapi tidak bersahabat. rapat tapi tidak akrab.

ini berkenaan insan yang bersifat seperti seorang pemain bola lisut. saya benci itu. saya bukan bola itu. saya mahu dilayan seperti sebiji bola rugbi. mengapa kamu mencari saya bersungguh-sungguh pada awalnya tetapi kemudiannya kamu hanya memukul saya ke jauh entah ke mana. kamu mengharap orang lain mengejar dan mendapatkan saya. sedangkan kamu sibuk berlari mencari mata. kamu KEJAM!

saya tidak faham. mengapa tidak kamu menjadi seperti seorang pemain rugbi yang tidak mahu melepaskan bolanya. mendapatkan bola dan berlari dengan ia didakap erat untuk memastikan kejayaan milik bersama. susah sangat ke?

ye..kamu kata saya tidak perlu mencari kamu. kamu akan mencari saya apabila kamu rasa kamu perlu. adil ke begitu? saya bukan mahukan kamu seperti yang lain. saya hanya mahukan kamu sebagai sahabat yang menyenangkan. kamu tahu... walaupun ada insan lain yang dahulunya hampir sama seperti kamu... saya merasa dia jauh lebih baik dari kamu. walaupun situasi hampir sama, tetapi ia tetap berbeza. dia jarang sekali menolak saya ke tepi. dia masih mahu saya mencarinya seperti mana dia masih mahu mencari saya.

saya mahu kamu tahu..tetapi sayang kamu tidak pernah tahu kewujudan saya di wilayah ini. jadi saya pasti kamu akan kekal sebegitu.

p/s: entry ini untuk insan yang tidak mengathui kewujudan wilayah "honey lemon". jadi kepada para pembaca "honey lemon"... "pemain bola lisut" itu pasti bukan kamu. betul... ini bukan untuk kamu..

Tuesday, May 19, 2009

if i were your sun...

lately, saya suka surf tentang sesuatu yang tak ramai tahu. contoh; band indie, blog creative milik insan creative yang hanya berkarya di dunia tersendiri dan pelbagai lagi. mungkin bukan tak ramai tahu. tapi saya yang TERlambat tahu.. hari ni saya terjumpa sesuatu.

blog sue anna joe ni dah lama gak saya follow. follow secara senyap. nama budu&belacan tu sesungguhnya yang menarik minat saya untuk singgah di situ. dan hari ni saya baru terperasan yang cik anna..ops.. puan anna (dia dah kahwin) ni da wat lagu. tapi lagu yang satu ni menarik minat saya. sesungguhnya lagu ini sesuai untuk sesiapa yang bergelar "peminat rahsia" (secret admirer). tajuk die if I were your sun..yang kat bawah ni lirik dia


"if I were your sun, I'll watch you from afar behind those dark clouds to make sure where you are if I were your sun I'll love you from afar behind those doubt you have to make sure you've been loved if I were your sun I'll be a piece of your reflection you don't evolve around me my life evolves to be close to yours if I were your sun I'll be there when you look up I'll light your path when you look down I'll keep close even when you don't care if I were your sun I'll always shine after a heavy rain I'll always shine after a dark lonely night I'll always shine as long as you breathe if I were your sun I'll dry your tears I'll keep you warm when you're cold You won't notice me if I were your sun You won't know that you need me if I were your sun but ... I'll be there like anyone who needs a sun"

memohon maaf dari kotak hati kecil yang kosong semacam "tin kosong" ni sebab tak dapat nak letak lagu tu kat sini. dah penat cuba add on kat page ni tapi lagu tu jadi 30seconds je. sungguh tak menarik nak menjengkelkan. jadi jika dan hanya jika anda mahu dengar lagu ni..tolong pergi ke link yang saya letak di bawah

Sunday, May 17, 2009

sakit hati APABILA...

sakit hati APABILA...
anda diberi persoalan dan akhirnya anda tiada jawapan
sakit hati APABILA...
anda cuba menyakiti dan akhirnya anda hanya disakiti
sakit hati APABILA...
anda cuba mententerami dan akhirnya anda hanya memanasi
sakit hati APABILA...
anda cuba menahani dan akhirnya anda hanya dilepasi
sakit hati APABILA...
anda cuba menyabari dan akhirnya anda hanya dicabari
sakit hati APABILA...
anda cuba mendalami dan akhirnya anda hanya diketepi
sakit hati APABILA...
anda cuba memahami dan akhirnya anda disalah-erti

"pokok pangkalnya saya sedang sakit hati
bukan sepatutnya saya patut sakit hati
tapi tanpa sebab yang pasti saya telah sakit hati
janji jangan sakiti saya lagi...
kalau tak nak berkongsi, jangan timbulkannya lagi
OK?"

Saturday, May 16, 2009

lebih dari sekadar wanita..

sebelum apa-apa. saya mahu anda baca artikel dari link ini "lebih dari sekadar wanita"

selanjutnya..

saya merasai yang saya menghadapi situasi yang sama dalam artikel tu. bezanya...saya tak cukup tinggi dan tidak cukup kurus. tetapi saya juga tidak terlalu gemuk. yang boleh dikatakan saya adalah seorang gadis yang sedang-sedang saja. tapi saya amat bersetuju dengan artikel itu. mungkin ada teman rapat yang mengatakan saya keperempuanan. tetapi dia adalah teman yang jauh di mata tapi dekat di telinga. maka dia lebih menilai saya dari aspek yang berlainan dari orang-orang di sekeliling saya.

saya mungkin berperilaku agak kasar. tetapi percakapan saya bukanlah kata-kata kasar dan kesat. saya kurang terdedah dengan itu. "bodoh" dan "bongok" mungkin sudah cukup kasar bagi saya. itupun saya belajar bila saya dah bersekolah. di rumah..semua perkataan tu diharamkan. teringat satu kisah.. saya pernah ditampar emak kerana menyebut "bodoh" pada adik saya. oh.. itu mungkin perkara yang membuatkan saya berhati-hati dalam berkata-kata.

tetapi seperti gadis-gadis lain. saya rasa kini saya semakin menjadi lebih dari sekadar wanita. saya semakin tahu apa itu erti bersolek dan kasut tumit tinggi. dalam usia 24 tahun ni, kini saya mempunyai beberapa helai kebaya. bukan hendak berfesyen. tetapi naluri untuk merasa menjadi lebih dari wanita itu wujud dengan sendiri. tetapi..masih..saya belum cukup berani. tapi saya akan cuba. itu janji saya pada diri sendiri. haha.. seperti poyo.. tetapi saya bangga untuk berkongsi ini..

p/s: pokok pangkal dari entri ini..sentiasa percaya pada diri