Saturday, May 16, 2009

lebih dari sekadar wanita..

sebelum apa-apa. saya mahu anda baca artikel dari link ini "lebih dari sekadar wanita"

selanjutnya..

saya merasai yang saya menghadapi situasi yang sama dalam artikel tu. bezanya...saya tak cukup tinggi dan tidak cukup kurus. tetapi saya juga tidak terlalu gemuk. yang boleh dikatakan saya adalah seorang gadis yang sedang-sedang saja. tapi saya amat bersetuju dengan artikel itu. mungkin ada teman rapat yang mengatakan saya keperempuanan. tetapi dia adalah teman yang jauh di mata tapi dekat di telinga. maka dia lebih menilai saya dari aspek yang berlainan dari orang-orang di sekeliling saya.

saya mungkin berperilaku agak kasar. tetapi percakapan saya bukanlah kata-kata kasar dan kesat. saya kurang terdedah dengan itu. "bodoh" dan "bongok" mungkin sudah cukup kasar bagi saya. itupun saya belajar bila saya dah bersekolah. di rumah..semua perkataan tu diharamkan. teringat satu kisah.. saya pernah ditampar emak kerana menyebut "bodoh" pada adik saya. oh.. itu mungkin perkara yang membuatkan saya berhati-hati dalam berkata-kata.

tetapi seperti gadis-gadis lain. saya rasa kini saya semakin menjadi lebih dari sekadar wanita. saya semakin tahu apa itu erti bersolek dan kasut tumit tinggi. dalam usia 24 tahun ni, kini saya mempunyai beberapa helai kebaya. bukan hendak berfesyen. tetapi naluri untuk merasa menjadi lebih dari wanita itu wujud dengan sendiri. tetapi..masih..saya belum cukup berani. tapi saya akan cuba. itu janji saya pada diri sendiri. haha.. seperti poyo.. tetapi saya bangga untuk berkongsi ini..

p/s: pokok pangkal dari entri ini..sentiasa percaya pada diri

Friday, May 15, 2009

mangsa fesyen...sungguh kasihan

semalam masa pergi makan di nasi kandar beratur, kami jumpa dengan seorang minah yang stylo milo. huhu.. yang tak patutnya, seorang kawan budiman yang gentleman suggest saya pakai macam minah tu. OH MY GOD! chantek ke? hahahaha..seorang lagi kawan yang chantek molek kate minah tu macam mangsa fesyen..kesian..haha

nak dijadikan cerita, hari ni saya meluncur (surfing) di internet, maka terjumpalah saya akan dua keping gambar yang agak menarik. kesian pun ada. mangsa fesyen. hehe.. tak tau nak kelaskan sebagai mangsa fesyen atau mangsa buli.

tapi both buat saya tersengih (memang saya suke sengih).

ok..jom kita tengok skodeng gambar tu..

sian nenek2 ni..camna tayar bley jadi rantai? mangsa fesyen atau mangsa buli?

antara gedik dan terbuli..yang mana satu? mangsa fesyen atau mangsa buli?

p/s : kalau anda nak bergaya tak salah. tapi biar kena pada tempatnya supaya tidak digelar mangsa fesyen. ingat banyak mata yang suka memerhati di luar sana.. contohnya mata saya dan kawan-kawan saya.. hati-hati ya

Thursday, May 14, 2009

jom naik ke bulan

bila mata mengantuk. mula nak merapu. dalam otak cuma ada satu. JOM NAIK KE BULAN. apakah itu? saya pun tak tahu. tapi tu la yang datang dulu. ini adalah hasil karya otak orang yang suka berangan. dah nyata dok kat opis, dok depan lappy, dok atas kerusi..otak boleh sampai ke bulan. ades..apekah? haha

ok lets share something.


currently i'm reading a motivational book. yang kat atas tu. self-help book. i bought it while i'm in KL. attending an interview with PETROSAINS. huhu.. dah lama tapi masih belum habis baca. read like a caterpillar. slow.. slow motion. hehe.. just like my mum said "you are slow in your motion. always late". + my mum can't stand that attitude but she just have to..because.... i'm her lovely daughter. ekekeke..so perasan. sorry la mak..saya memang camni. mak kan dah kenal saya sepanjang 8853 hari. nothings change kecuali saiz badan saya. my mum said i'm fat. am i? haha.. mak selalu ikhlas dan lebih tahu kan..so maybe betul la tu.

because she say so..then now..i'm on diet. hahaha..never did it before. this is my first time. a fren said that "bersungguh-sungguh dia ni diet". siket-siket la. kurangkan makan. tapi kadang-kadang de gak terover makan. macam semalam. makan nasi kerabu sebungkus, sampai sengkak perut. effect sampai arini. sakit perut. rase cam nak muntah. incomplete digestion of food caused of excessive intake of food. amik kat muka saya. kan dah sakit perut. dari pagi tak abis lagi. haish..


alamak..macam buat karangan sudah. so i need to STOP.

Wednesday, May 13, 2009

aku chenta kamu!!

wawawa....memang da bomb lah. harga pun da bomb gak. uish.. kalau lah ku dapat memilikimu.. memang heaven duniaku. tapi kamu jual mahal sangat. memang saya kurang mampu. baik labur ke tempat lain duitku. haish... kalaulah orang kaya kekasihku, akan ku minta kamu sebagai hadiah untukku (ada berani ke nak mintak..ekeke). tapi letih la main kalau..kalau ini.. sebab ia hanya angan2 dariku. aku belum mampu untuk hidup mewah bersamamu. aku terima kenyataan itu. haish.. aku hanya mampu memandangmu... ok lah, aku nak undur diri dulu dan balik ke dunia ku yang serba tidak mampu... i-phone aku chenta kamu!!!!



"iPhone combines three products: a mobile phone, a widescreen iPod and the internet. iPhone also introduces an entirely new user interface based on a revolutionary 3.5-inch multi-touch display that allows users to control it with a tap, flick or pinch of their fingers. The display is made of optical-quality glass for superior scratch resistance and clarity. Changes to volume, muting the ringer and putting an incoming call through to voicemail can be done using discreet buttons on the top and side of the phone. iPhone comes with 8GB of flash memory."

nota kaki: jangan meminta pasangan kamu yang kurang berkemampuan untuk belikan i-phone ye..takut nanti hati die berubah dan cari SI ETON. nanti kamu yang kecewa pun..ekeke