Saturday, May 9, 2009
serabut dan kelam sabut
memang SENGAL bila: sesuatu yang digumbirakan terpaksa dijadikan SERABUT oleh insan yang ntah mana datangnya. SENGAL... kamu tahu tak wahai insan TUT... kamu tidak diperlukan dalam rancangan kami. kamu hadir membawa KESERABUTAN. SERABUT CAM SABUT DAN KELAM SABUT. pemikiran berjaring dan berselirat antara kami sebab kamu yang dasar PENYIBUK. tak cukup lagikah SEMAK yang kamu bawa sebelum ini. SILA BAGI KAMI RUANG BERNAFAS DAN TERSENYUM. saya semakin tambah BENCI pada kamu. bukan BENCI tapi TAK SUKA. bukan saya tak tunjuk, tapi kamu yang TIDAK FAHAM. kata orang LAMPI (LAMbat+PIck-up). memang NYOT dan PONYOT!
SUH..SUH..PERGI JAUH.
SUH..SUH..PERGI JAUH.
Labels:
nyot~
Friday, May 8, 2009
bila jari berkata, maka aku mendengar dengan mata
Tatkala berkata-kata dengan jari-jemari
Mata mendengar dengan teliti
Lebih mengerti
Bahasanya lebih indah dari bunyi
Walaupun bahasa jari-jemari tidak berbunyi
Aku mengerti
Dapat ku telah
Yang mana marah
Yang mana indah
Dalam sunyi
Kau bersuara
Dalam sunyi
Ku mendengar
Begitu sebaliknya
Lihat kuasa Tuhan
Menciptakan manusia yang menciptakan keindahan
Walaupun dari kejauhan
Nyata..
Berkata-kata bukan semestinya dengan lidah
Mendengar bukan semestinya dengan telinga
Yang pasti
Aku bahagia
Berkata-kata dengan jari-jemari
Mendengar dengan anak mata
Dinilai dengan mata hati
Mata mendengar dengan teliti
Lebih mengerti
Bahasanya lebih indah dari bunyi
Walaupun bahasa jari-jemari tidak berbunyi
Aku mengerti
Dapat ku telah
Yang mana marah
Yang mana indah
Dalam sunyi
Kau bersuara
Dalam sunyi
Ku mendengar
Begitu sebaliknya
Lihat kuasa Tuhan
Menciptakan manusia yang menciptakan keindahan
Walaupun dari kejauhan
Nyata..
Berkata-kata bukan semestinya dengan lidah
Mendengar bukan semestinya dengan telinga
Yang pasti
Aku bahagia
Berkata-kata dengan jari-jemari
Mendengar dengan anak mata
Dinilai dengan mata hati
Labels:
~layan kepale sengal,
nyot~
BENCI mata RABUN
saya mengalami masalah penglihatan. saya tak suka ini. RABUN. saya mula pakai cermin mata masa tahun satu di universiti. kena paksa dengan Dr. sebab rabun kanan dan kiri tak seimbang. beza hampir 125 antara mata kanan dan kiri. takut jadi "lazy eye", saya terpaksa mula pakai cermin mata.
sepanjang belajar di USM, saya sudah pakai empat bentuk cermin mata.
- tukar sebab sudah calar balar sampai kalau menghadap cahaya, keluar bayang-bayang kesan calar tu di muka saya
- tukar sebab pecah. letak atas tilam. kawan baik saya "landing" kaki atas cermin mata saya.
- saya tak suka. tak kena dengan muka saya. lebar sangat. masa beli tak berfikir dulu. sengal.
- saya tertinggal dalam bas semasa balik dari "field trip" taman negara pahang. ades..saya sangat cuai.
lepas tu, saya tak buat cermin mata baru dah. saya dah mula rasa tak suka pakai cermin mata. saya rimas. tapi, sebab nak ambil lesen motor, saya buat cermin mata selepas hampir setahun saya tidak memakai cermin mata. takut tak nampak. maka, saya buatlah cermin mata yang kelima dalam hidup saya. tetapi, yang ini dipakai ketika perlu sahaja.
hasil:
sekarang, saya dapat mengesan yang rabun saya sudah semakin teruk. untuk menonton televisyen dari jarak 2 meter pu saya memerlukan cermin mata. saya tidak mampu melihat muka orang dengan jelas pada jarak x sampai 5 meter. adus..ini satu bala untuk diri saya. tapi semua adalah salah saya.
#sila ambil ikhtibar. jaga mata kamu..
Labels:
nyot~
Subscribe to:
Posts (Atom)

