Thursday, February 25, 2010

kembali di sini

sudah lama ditinggal daerah ini
tanpa sebarang penyelengaraan
rindu rasa hati ingin menarikan jari-jemari di sini
maaf semua
mungkin ada yang telah lari dan berpindah ke daerah lain
maaf sekali lagi

kini saya mahu kembali
saya mahu bertapak kembali di sini
mari kembali menemani
saya dahului dengan ribuan terima kasih kepada yang sudi

Friday, January 1, 2010

Not being able to talk to you is killing me, deeply. I am dead already. I want to talk to you, to listen to you story, your predicaments, your jokes, your day-to-day experience. I want to laugh silly over nothing with you, exchange opinion, giving opinion, receiving ones. I want to share the secrets, yours, mine, ours. I want to listen to the smile in your voice. I want you to listen to mine.

Sunday, December 13, 2009

memberi ruang bukan bererti aku berundur...

selepas satu tempoh mencari konklusi
aku mendapat satu petunjuk pasti
akan ku beri ruang seperti yang kau kehendaki
walau di dalam hati aku tetap terus menanti
menanti kau untuk kembali ke sisi
dan dengan pasti ingin ku kau ketahui
bahawa kau tetap akan sentiasa di hati

-aku tidak pernah berundur, aku hanya memberi ruang
seperti yang kau mahu, aku akan sentiasa tabahkan hati

Thursday, December 3, 2009

meletihkan..tapi itu adalah satu pilihan

berlari-lari dengan sesuatu yang meletihkan
tetapi itulah yang menjadi pilihan
jiwa meronta
hati memujuk sabar
sentiasa berfikir apa kesudahan
walaupun saling mengharapkan
tapi yang di hadapan masih belum cukup terang
perjudian jiwa ini
sangat menguji hati dan perasaan
semoga Tuhan memberi satu penyelesaian
yang akhirnya akan memberi sebenar-benar kebahagiaan
semuanya antara aku dan dia...