Sunday, December 13, 2009

memberi ruang bukan bererti aku berundur...

selepas satu tempoh mencari konklusi
aku mendapat satu petunjuk pasti
akan ku beri ruang seperti yang kau kehendaki
walau di dalam hati aku tetap terus menanti
menanti kau untuk kembali ke sisi
dan dengan pasti ingin ku kau ketahui
bahawa kau tetap akan sentiasa di hati

-aku tidak pernah berundur, aku hanya memberi ruang
seperti yang kau mahu, aku akan sentiasa tabahkan hati

Thursday, December 3, 2009

meletihkan..tapi itu adalah satu pilihan

berlari-lari dengan sesuatu yang meletihkan
tetapi itulah yang menjadi pilihan
jiwa meronta
hati memujuk sabar
sentiasa berfikir apa kesudahan
walaupun saling mengharapkan
tapi yang di hadapan masih belum cukup terang
perjudian jiwa ini
sangat menguji hati dan perasaan
semoga Tuhan memberi satu penyelesaian
yang akhirnya akan memberi sebenar-benar kebahagiaan
semuanya antara aku dan dia...

Tuesday, November 10, 2009

saya rindu DIA!!!!!
sungguh, saya rindu DIA.....
saya amat merindui DIA.....
kalaulah DIA membaca.....
ketahuilah bahawa saya merindui KAMU.....

mengapa harus ada "selamat tinggal"

sesungguhnya saya amat selesa dengan keadaan yang dipanggil "kini"
namun apa yang nyata,
saya tidak akan terus berada pada keadaan yang dipanggil "kini"
saya yakin dan pasti
saya akan merindui "kini"
mengapa ya..??
mengapa harus ada "selamat tinggal" sedangkan saya amat selesa dengan yang "kini"?
bila itu berlaku,
pasti akan mula timbul rasa rindu
sesungguhnya saya amat lemah dengan situasi rindu
saya amat halus dan rapuh dalam kamus rindu
pasti akan terlalu rapuh empangan mata
pasti akan terlalu goyah kekentalan jiwa
jika diberi oleh Tuhan untuk saya membuat satu pilihan
saya hanya mahu terus berada di petak "kini"
jadi saya tak perlu menempuh rasa yang ada dalam situasi rindu
sesungguhnya saya amat takut menghadapi kenyataan itu
namun ia pasti akan berlaku kerana telah tertulis kedaannya begitu

~i'm so when i'm thinking about it~