dari pagi tak ada kerja.
mengisi masa dengan pelbagai perkara.
tiba-tiba dah jumpa kerja.
buat dengan semangat bagai nak gila.
tiba-tiba komputer buat saya nak gila.
ntah apa masalahnya...
WORD tiba-tiba tertutup macam tu saja.
bila buka balik dia tak auto-save pula.
abis semua kerja.
memang sia-sia.
gila buang masa.
tensyennya saya.
rasa nak hentak kepala.
moral di sini...jangan tunggu siap baru nak save kerja.
komputer ni tak sebijak mana.
ada kala BODOH lebih dari segala benda.
ni buat saya rasa nak buang masa semula.
mana kawan yang selalu teman saya.
tiba-tiba dia diam saja.
cepat munculkan diri hiburkan saya.
Wednesday, May 27, 2009
Tuesday, May 26, 2009
dan sebenarnya..
dan sebenarnya saya sedang nanar, tak mampu memikirkan sesuatu untuk dimuatkan dalam entry ini. hujan dah turun pagi-pagi. mungkin Dia saja nak bagi basah bumi, nanti mudah kerja petani. masih saya dengar lagu yang sama hari-hari. melayan perasaan yang belum tentu letak duduknya lagi. melayan hati. melayan diri. memang suka kalau dapat merapu begini. free.. tiada apa perlu difikir dengan serius lagi. bila aku nak tersenyum lagi?? senyumlah wahai diri.. menarilah sepuas hati.. lepas emosi.. moga engkau akan ceria kembali...
***apekah yang telah saya type??
Labels:
~layan kepale sengal,
none
Saturday, May 23, 2009
Friday, May 22, 2009
saya tak suka dia..
dari semalan sampai ke hari ni, saya tak nampak macam dia nak pergi. dia masih setia dengan saya. saya tak suka dia. saya tau dia tau. orang lain pun tau. saya memang tak pernah suka dia. tapi, tanpa sengaja saya dah mengundang dia dalam hidup saya. sepenuhnya, saya lah yang bersalah. betul... bukan salah sesiapa kecuali saya.
dari dulu saya selalu manjakan diri. selalu bagi "excuse" pada diri sendiri. saya sedikit tersedar bila dah terkena. tapi tak pernah seteruk ni. memang saya jarang belajar dalam hidup ni. saya degil. keras kepala. kesian mak abah saya. penat diorang jaga saya. bila dah besar, saya kurang menjaga diri.
erm..berkenaan dengan dia. dia belom nak pergi lagi. saya dah cuba banyak kali. saya dah buat apa yang patut kecuali jumpa yang lebih arif. mungkin petang nanti. oh Tuhan. sakitnya rasa. tapi..terime kasih kawan-kawan sebab setia teman saya. mesti kamu semua dah busan dengan sikap saya. keras kepala. bila dah terkena merengek sini sana. maaf ye. perangai manja ni dah terbawa-bawa. susah nak buang. oh..bubur nasi dengan halia saya dah masak. saya nak makan dulu. harap-harap lepas makan ni dia akan pergi...
p/s: saya benci gastric... sakit tau perut saya!
Subscribe to:
Posts (Atom)

